KUCHING: Sape atau sampe, sejenis alat muzik tradisional petik bertali yang dimainkan oleh masyarakat Orang Ulu di Sarawak, telah dipilih untuk dipamerkan sebagai antara kraf budaya Malaysia di Muzium Sukan Asia di Hangzhou, China.
Timbalan Pengarah Komunikasi Pemasaran dan Pengaktifan Proton Holdings Bhd (Proton) Steven Zhou Qi berkata inisiatif untuk mempromosi alat muzik tradisional itu di peringkat global adalah dipacu oleh syarikat automotif negara itu kerana ia turut memainkan peranan penting bagi merangsang sektor pelancongan Malaysia pasca-COVID-19.
"Kami berhasrat menjadi jambatan itu, jadi kami menganjurkan acara yang bukan sahaja mempromosi semangat Sukan Asia tetapi juga produk tempatan yang boleh disiarkan di peringkat antarabangsa dan akan menyebabkan lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas program Asian Games Nation Drive edisi Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata alat muzik tradisional itu akan dipamerkan bersama kraf budaya lain dari setiap negeri di Malaysia berdasarkan yang paling meraih undian di media sosial Proton.
Program dua hari itu diadakan sempena Sukan Asia edisi ke-19 yang berlangsung di Hangzhou dan Proton secara rasmi telah dilantik sebagai antara kenderaan rasmi bagi temasya yang berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt tahun ini.
"Ini adalah edisi kedua. Edisi pertama telah diadakan di Sabah dan bagi yang seterusnya, kami akan membawa program ini ke bahagian selatan dan utara Semenanjung Malaysia," katanya.
Selain mempromosi Sukan Asia di seluruh negara, acara itu memberi peluang kepada sejumlah 14 pengamal media untuk menimba pengalaman memandu pelbagai model keluaran Proton seperti Persona, Saga, X50, X70 dan terkini X90, ke beberapa lokasi pelancongan di sekitar Kuching.
Para peserta, yang terdiri daripada pengamal media dan kakitangan serta pakar produk Proton, memulakan sesi pandu uji di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo dari Kuching hinggalah ke Telok Melano, pantai indah yang telah diisytihar sebagai 'Sifar Kilometer' dan kembali ke Kuching, menjadikan keseluruhan perjalanan sejauh kira-kira 280 kilometer (km).
Pada hari kedua, peserta memandu dari bandaraya Kuching hinggalah ke Kampung Budaya Sarawak di Santubong dalam perjalanan sejauh 40 km untuk menikmati kekayaan budaya pelbagai etnik di Bumi Kenyalang.
Acara hari ini turut menyaksikan petinju Sarawak dan Malaysia iaitu Daeloniel McDelon Bong menyerahkan sape yang direplikakan daripada kayu kepada Steven, yang merangkumi inti pati Sukan Asia iaitu perpaduan, semangat kesukanan, nilai bersama serta pertukaran budaya.
Anak kelahiran Sri Aman berusia 24 tahun itu, yang digelar 'Kilat Boy,' berkata langkah mempamerkan kekayaan budaya Sarawak melalui sape di peringkat antarabangsa merupakan satu penghormatan bagi masyarakat tempatan kerana negeri itu terkenal dengan kepelbagaian dan keharmonian kaum.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Steven berkata alat muzik tradisional itu akan dipamerkan bersama kraf budaya lain dari setiap negeri di Malaysia berdasarkan yang paling meraih undian di media sosial Proton. - Gambar fail/Bernama
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
At Adau memukau di SAREF 2019
Keunikan At Adau adalah kreativiti mereka menggabungkan irama alat muzik tradisional dari pelbagai etnik antaranya Sape (Orang Ulu), Perutong (Bidayuh), dan Tekebung (Iban) dengan alat muzik moden.
13 diselamatkan dua hari selepas bot pelancong karam
Mereka bertahan dengan hanya berhimpit di dalam bot penyelamat atau terapung dengan jaket keselamatan.